Saturday, July 25, 2015

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN



FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

A) Berpunca Daripada Jin

1)Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.

2)Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.

3)Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.

4)Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.

5)Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.

6)Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia

1)Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat 

2)kediaman mereka walaupun tidak sengaja.

3)Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.

4)Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.

5)Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.

6)Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.

7)Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.

8)Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.

Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk: 

1)Terlalu marah.
2)Terlalu takut.
3)Nafsu syahawat yang tinggi.
4)Manusia yang lalai.
5)Jahil

Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:

➡️Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
➡️Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
➡️Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
➡️Mimpi buruk yang menakutkan.
➡️Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
➡️Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
➡️Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
➡️Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
➡️Berdiri dan berjalan ketika tidur.
➡️Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
➡️Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
➡️Mimpi melihat makhluk halus.
➡️Mimpi melihat salib atau gereja.
➡️Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
➡️Mimpi melihat budak kecil. ➡️Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
➡️Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:

👉Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
👉Hilang ingatan (Gila).
👉Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
👉Lesu dan malas.
👉Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
👉Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
👉Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
👉Lenguh sendi-sendi.
👉Melihat sesuatu yang pelik.
👉Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
👉Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
👉Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
👉Jiwa lemah dan mudah mengalah.
👉Selalu mengantuk.
👉Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
👉Mudah marah dan panas baran.
👉Hilang darah.
👉Agresif dan bertindak liar.


_____________________________

Persediaan diri sendiri sebelum mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan islam:

1) Perbanyakkan taubat (istighfar), dengan banyak istighfar mudah2an dibukakan jalan oleh Allah untuk mendapatkan kesembuhan

2) Memperbaiki akidah, ibadah serta menjaga solat 5 waktu

3) Istiqamah dalam berdoa memohon kesembuhan

4) Banyakkan berzikir kepada Allah

5) Dekati orang2 soleh dan majlis ilmu

6) Istiqamah dalam mengamalkan doa perlindungan yang di ajar oleh Nabi saw. 

7) Memakai haruman, wangian2 yang menenangkan ketika hendak tidur atau lain2 waktu

8) Menjaga diri dari perkara haram dan syubhah

9) Mujahadah diri dari melakukan perbuatan maksiat

https://www.facebook.com/Sunanhealthcare
____________________________

Kami menyediakan minyak wangi syifa yang telah di rukyahkan dengan ayat2 alquran (rukyah syariah), doa2 pilihan, hizib dan zikir2, 

Di botolkan didalam botol 4ml dengan 4jenis haruman iaitu :

✔️ Kasturi Kuning
✔️ Kasturi Hitam
✔️ Aromaterapi Lemon
✔️ Aromaterapi Apple

a) Cara penggunaan adalah dipakai pada nadi tangan, di bawah telinga atau di tempat sakit. 

b) Dan dititiskan di dalam air mandian untuk di buat mandi. 

c) Dititiskan di dalam air spray untuk ikhtiar mengusir dan memagar kediaman dari ganggguan jin.

Cara penggunaan:

1. Istighfar 3x.
2. Alfatihah 1x.
3. 3qul 3x.
4. Selawat 11x.
5. Niatkan untuk ikhtiar kesembuhan/mengusir (dlm tubuh atau kediaman)/pagar kediaman.
6. Pakai seperti arahan di atas. *Untuk pemagaran dan mandian hendaklah di ulang2 selama 7 hari setiap petang.

Perhatian!! Kesembuhan adalah milik Allah. Adapun aromaterapi syifa Sunan ini adalah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan kesembuhan dan pertolongan dari Allah jua. Jika gangguan semakin teruk hendaklah dapatkan nasihat dari perawat islam yg berdekatan atau boleh dengan kami:
https://www.facebook.com/Sunanhealthcare

Sunanhealthcare.blogspot.com

Call/whatssapp/mesej untuk mendapatkan minyak wangi ini atau rawatan di:



Wednesday, February 25, 2015

cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku,


بسم الله الرمٰÙ† الرحيم

Sollu 'ala Nabi!

Assalamualaikum, 

Alhamdu lillahi rabbil 'alamin, wa assolatu wa assalam ala saidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in, 

ingin di perkongsikan tentang bait qasidah QAD KAFANI.. Karangan Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Maksud nya yang sangat meruntunkan hati, menggambarkan jiwa yg sangat berhajat pada Rabbul 'Alamin.. Semoga tuan/pun yg membaca turut sama dapat mengambil manfaat dari nya.. InsyaAllah



"Qad kafani 'ilmu Rabbi"

cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku,
daripada permintaan dan usahaku,
doa serta permohonanku,
sebagai bukti kefakiranku...

Oleh kerana rasa itu aku berdoa,
pada saat aku senang dan susah,
Aku adalah hamba, menjadi kebangganku,
dalam kefakiran dan keperluanku...

Wahai Tuhanku Yang Memiliki aku,
Kau Maha Tahu akan keadaanku,
dan apa yang berada dalam hatiku,
dari kesedihan dan kesibukanku...

Maka tolonglah aku dengan kelembutan,
dari Mu wahai Tuhan seluruh hamba,
wahai Tuhan yang maha Pemurah tolonglah hamba,
sebelum lenyap kesabaran hamba...

wahai Pemberi pertolongan dengan segera,
berilah kami dengan segera pertolonganMu,
yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan,
dengan apa-apa yang kami harapkan semua...

Wahai Yang Maha Dekat, dan Menjawab,
wahai Yang Maha Mengetahui dan Mendengar,
aku mengaku akan kelemahanku,
dan ketaatan serta kesedihanku...

aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmatMu,
wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku,
pada lembah kuurniaMu aku berada,
wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku di sana...

aku sentiasa mempunyai prasangka baik,
ia adalah teman dan kawanku,
juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku,
sepanjang malam dan siangku...

wahai Tuhanku dalam jiwa ini terdapat hajat,
tunaikanlah wahai yang Maha Menunaikan,
tetnteramkanlah rahsia dan hatiku,
dari kebimbangan dan pergolakannya...

sungguh aku berada dalam ketenteraman dan ketenangan
dan juga ketenteraman dan ketenangan menjadi pakaianku...






Sumber Rujukan:

http://www.alhawi.net/mutiara-qasidah/muqadimah

http://www.alhawi.net/mutiara-qasidah/qad-kafani-ilmu-rabbi

Doa dan harapan

YA ALLAH...


aku lemah tanpaMU..
 
disaat aku tidak terdaya lg menanggung ujian dariMU...
 
dan
 
disaat air mata ini mengalir tanpa henti,,
ENGKAU sentiasa ada bersamaKU...
kadangkala ujian itu terlalu berat
dan datang tanpa diduga,
walaupun ku tahu,
ENGKAU tidak akan menimpakan ujian yg tidak mampu hambaMU hadapi..
YA ALLAH.....
berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMU...
betapa diri ini belum kuat untuk menerima ujianMU...
titisan air mata ini tidak mampu untuk merungkai segalanya...
walau luaran nampak bersahaja,
hanya ENGKAU yg tahu isi hatiku
YA ALLAH....
kini aku bersyukur padaMU...
segala yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya...
biar pahit mana ujian yg ku tanggung...
aku tahu itu yg terbaik untukku...
kini ku sedar YA ALLAH,
semakin aku mendekatiMU...
semakin ENGKAU membantuku...
semakin aku mengadu padaMU...
semakin ENGKAU permudahkan jalanku..
ENGKAUlah pendengar terbaik...
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...
YA ALLAH...
tiada yang mustahil bagiMU....
sesungguhnya ENGKAU jualah
yang membolak-balikkan hati hamba-hambaMU...
YA RABB....
aku menadah tangan syukur kepadaMU,
kerana dugaan itu mengajar aku erti hidup yg sebenar,
hidup yg penuh dgn liku-liku kehidupan,
sesungguhnya ENGKAU lebih Mengetahui
apa yg terbaik untuk hambaMU..

 http://aleesyah.blogspot.com

Monday, February 23, 2015

RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIAH

RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIAH

Rawatan islam ruqyah syariah adalah rawatan kaedah sunnah dan juga bacaan ayat-ayat suci Al-quran berserta zikir-zikir, bagi mengenal pasti masalah punca penyakit berkaitan makhluk halus (jin).  Rawatan yang saya jalankan adalah tidak lari dari kaedah guru saya iaitu Ustaz Abdul Majid Hasan (AKRINE). Iaitu DOA, RUQYAH,TEKNIK DAN TAWAKKAL.



Doa: memohon perlindungan dan pertolongan serta penyembuhan dari Allah swt

Ruqyah: kalimah arab bermaksud jampi yang di benarkan syariat, ayat2 al quran dan zikir.

Teknik: usaha dan kaedah samada berdialog (dakwah), teknik tikam, pancung, ikat, tarik dan buang. Pagar rumah atau tawar racun. Serta amalan zikir yg perlu pesakit amalkan. 

Tawakkal: penyerahan diri dan segala usaha yang telah di lakukan kepada Allah swt semata-mata.

Pesakit hendaklah membuat temu janji rawatan terlebih dahulu, tarikh rawatan akan disediakan oleh perawat. Wajib untuk membeli sebotol air syifa rm10 untuk sesi rawatan. Pesakit di nasihatkan untuk tidak datang seorang diri, jika wanita sila datang dengan muhrim anda dan bawa kain telekung anda. Pesakit juga mungkin akan di syorkan (tiada paksaan) untuk membeli ubat yang bersesuaian dengan keadaan pesakit.


Rajah 2: Air penawar Nur Ehsan  RM10


Rajah 3: pil penawar Nur Ehsan RM10


Rajah 4: spray habbatus sauda syifa nur Ehsan RM10


Rajah 5: garam bukit ruqyah RM10


Rajah 6: spray aromaterapi RM10, sabun ruqyah RM10 dan minyak wangi kasturi ruqyah RM10

Hari appointment rawatan: isnin-khamis. 9pg-10mlm
Bayaran adalah seikhlas hati, jika kami perlu ketempat anda sila sediakan pengangkutan, tempat tinggal sekiranya perlu.

Untuk hari Ahad boleh dtg ke AKRINE KUANG. 

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji rawatan sila call/sms/whatsapp: 017-9162414

Rawatan bekam dan jenis bekam

Jenis² bekam: 

Bekam kering (angin) dan bekam basah (darah), bekam angin adalah bertujuan membuang angin di dalam badan dan merangsang titik sakit pada badan, selain itu juga membantu mengkebaskan kawasan point untuk bekam darah. 

Pesakit akan di bekam angin terlebih dahulu selama 2-5 minit bagi setiap point yg terpilih. Selepas itu barulah di lakukan tusukan/sayatan dengan jarum bekam atau pisau bekam bagi mengeluarkan darah. Setelah itu di sedut darah dengan alat bekam bagi mengeluarkan darah kotor dan angin. 

Dalam gambar rajah boleh di lihat darah yg di keluarkan dan wap air yang terbentuk kerana angin yang keluar dari badan.

Sebelum berbekam, pesakit adalah di nasihatkan supaya jangan makan kenyang 4jam sebelum atau lebih baik berpuasa (sunat berpuasa sebelum berbekam). Berniatlah ketika berbekam untuk mengamalkan sunnah Baginda Rasulullah saw, dan juga untuk mendapat nikmat kesihatan supaya boleh beribadah dengan lebih baik. InsyaAllah..

Amalan berbekam elok di amalkan 3bln sekali bg membuang darah kotor atau paling kurang 1tahun sekali. Bagi mereka yang berbekam untuk penyakit kronik tertentu perlulah ketahui bahawa pesakit perlulah bersabar dan istiqamah dalam mengamalkan bekam, dan rawatan perlu di jalankan secara berULANG-ULANG kali sekurang-kurang nya 3kali untuk mendapatkan hasil yang baik.



Rajah 1. Bekam darah



Rajah 2. Angin dan darah yg keluar ketika bekam


Rajah 3: point bekam




1point bekam : RM7.00

Pakej 15point : RM90.00
Pakej 11point : RM70.00
Pakej bekam resdung : RM 30.00

Cas tambahan jika kami ketempat anda: RM50 bagi luar kawasan. Dlm kawasan rm20

Call saya untuk rawatan temu janji: 


Thursday, November 13, 2014

PENGENALAN TENTANG SUNAN HEALTHCARE TRADING

Bismillahirrahmanirrahim, 

     Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran yang tidak terhingga kami panjatkan kepada Allah swt atas limpah kurnia nikmat yang diberi. Dan jutaan terima kasih kepada para murabbi dan masya'ikh, Tuan Guru Ustaz Abdul Majid dan rakan-rakan seperjuangan yang menyokong dan memberi idea penubuhan pusat rawatan ini.

        Sunan HealthCare Trading di tubuhkan oleh Ahmad Faris Bin Abdul Azam (penulis) dan rakan saya Ali Zikry bin Yahaya, pusat rawatan kami menawarkan rawatan islam rukyah syari`ah dan juga rawatan bekam sunnah. Saya mendapat ijazah rawatan islam dengan asuhan dan bimbingan Tuan Guru Abdul Majid Hasan di pusat rawatan Akrine (kiri 1 & 2) pada tahun 2011. 

         Saya juga merupakan seorang ahli perawat Akrine yabng bernombor 12-00124, merupakan juga perawat mingguan Ahad di HQ pusat rawatan islam AKRINE Kuang. Melalui berkhidmat rawatan mingguan Ahad di HQ, banyak dapat menimba ilmu dan pengalaman dari rakan-rakan Mualij seperjuangan. Terima kasih pada Tuan Guru dan rakan-rakan yang banyak berkongsi.

        Sunan Healthcare trading ditubuh kan atas dasar untuk membantu serta menerangkan kemusykilan gangguan makhluk halus sama ada saka atau sihir dan seumpamanya. Memberi pendedahan dan menyebarkan rawatan islam berdasarkn Al-Quran dan Sunnah berteraskan tauhid yang benar, kasih sayang dan kegembiraan. Sesuai dengan matlamat penubuhan, kami menawarkan khidmat rawatan islam rukyah syariah dan rawatan bekam sunnah. Bagi yang memerlukan rawatan samada berkenaan rawatan islam rukyah syariah atau bekam boleh menghubungi kami untuk membuat temujanji rawatan di no tel: 017-9162414. Atau tuan/puan boleh terus datang ke pusat rawatan kami di:


  Lot 1445-20, Lorong Sentosa, 
Kg. Sijangkang, Telok Panglima Garang,
42500, Banting
Selangor Darul Ehsan